e-Perolehan

Pendaftaran Vendor

  • Vendor yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan Pendaftaran Vendor di laman sesawang Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (KUSEL) www.kusel.my atau melalui serahan terus ke pejabat KUSEL.
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan dokumen / salinan sokongan yang diperlukan. KUSEL hanya akan menerima dan memproses borang yang telah lengkap beserta dengan lampiran yang diperlukan sahaja.
  • Borang pendaftaran tersebut hendaklah dimasukkan di dalam sampul surat bertulis ‘Pendaftaran Vendor KUSEL’ dibahagian hadapan sebelah kanan sampul dan ‘nama syarikat’ di sebelah kiri sampul surat seterusnya dihantar kepada alamat di bawah.


Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (KUSEL)

Unit Perolehan & Governans,
Tingkat 15, Plaza Perangsang,
Jalan Perbandaran
40000 Shah Alam Selangor

  • Vendor hendaklah menyediakan yuran pendaftaran bagi pendaftaran vendor di KUSEL. Pendaftaran vendor bagi kategori Pelan Pengurusan Trafik / Traffic Management Plan (TMP) & Underground Detection Mapping (UDM) adalah sebanyak RM1,000.00 dan bagi lain-lain kategori adalah sebanyak RM150.00 sahaja. Bayaran perlu dibuat melalui Cek Bank atau Wang Pos di bawah nama ‘Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd’. Seterusnya Cek Bank / Wang Pos tersebut hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bersama-sama dengan borang pendaftaran vendor. Pendaftaran vendor yang berjaya di KUSEL adalah sah selama setahun.
  • Vendor juga hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah betul dan tepat. KUSEL berhak untuk menolak permohonan yang dihantar atau membatalkan pendaftaran vendor jika dikenalpasti maklumat yang dihantar adalah tidak betul & tepat.
  • KUSEL berhak untuk menyenarai hitam vendor tersebut dari menjalankan kerja-kerja di KUSEL jika dikenalpasti vendor yang telah berdaftar menghantar maklumat yang tidak betul atau menyalahi etika perundangan.
  • Bayaran dalam bentuk tunai, pindahan dalam talian dan cek syarikat adalah tidak diterima.
  • Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami melalui e-mel kepada kami di procurement@kusel.my
Muat turun